Kuliah Zohor ( Edisi Khas Bulan Ramadhan )
Salam 4 All..mulai esok (14 Ogos),Masjid Al-Khairiah AU3 Keramat akan mengadakan Kuliah Zohor Edisi Khas Ramadhan..Kuliah akan disampaikan oleh Ybhg Al-Fadil Ust Zulkiflie Bin Muhammad Suhaimi ( Mudir Ma'had As-Syatirie,Yan,Kedah )..Kuliah setiap Sabtu&Ahad di sepanjang Bulan Ramadhan ( 14,15..21,22..28,29 Ogos & 4,5 Sept )..Kuliah bersilibus ( pegajian pondok )..Tauhid,Feqah&Tasauf..SEMUA DIJEMPUT HADIR!!! -sebar2kan-
Rukun PUASA..
1 Ramadhan 1431 H
Disunting Oleh; abuahmad wa muhammad
Pertama: Niat puasa.
Tempatnya adalah di hati. Syarat sah niat sah puasa bulan ramadan adalah seperti berikut:
1. Niat di waktu malam.Dalilnya hadis Nabi:
Maksudnya: sesiapa yg tidak berniat puasa diwaktu malam sebelum fajar maka tak sah puasanya. (HR Darqutni)
2. Menentukan jenis puasa samda puasa ramadan, nazar atau sebagainya.
3. Berulang setiap malam dlm bulan ramadan.
Adapun puasa sunat tidak perlu tentu jenis puasa dan tak perlu niat malam. Boleh niat puasa sunat sebelum zuhur.
Dalilnya:NAbi bertanya aisyah pd waktu siang: "Ada makanan tengahari? Aisyah menjawab: "Tak da" Nabi bersabda "kalau camtu, aku puasalah.
Kedua: Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa. Wallahu A'lam..

Adab-adab PUASA..
1 Ramadhan 1431 H
Disunting Oleh; abuahmad wa muhammad
1. Segera berbuka.
Nabi s.a.w bersabda:
“Manusia itu sentiasa dlm kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka”(HR Bukhari dan Muslim)
Tapi hendaklah dia pastikan sudah masuk maghrib. Jika dia terawal maka dia wajib qada.
2. Berbuka dgn kurma.
Nabi s.a.w bersabda:
“Nabi berbuka sebelum solat dgn beberapa biji kurma muda. Jika takde maka dgn tamar(kering). Maka jika tidak ada maka dgn beberapa teguk air”(HR Tirmizi)
Maka hendaklah dia berbuka dgn kurma dan air kemudian solat maghrib berjemaah (lelaki di masjid dan wanita di rumah); kemudian baru makan hidangan berat. Itulah yg seafdalnya kerana berjamaah awal di masjid tiada tara tandingannya.
3. Bersahur.
Nabi s.a.w bersabda:
“Bersahurlah; maka sesungguhnya terdapat keberkatan pada sahur”(HR Bukhari dan Muslim)
4. Meninggalkan percakapan yg tak elok.
Nabi bersabda:
من لم يدع قول الزور والعمل به فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه
Maksudnya: Sesiapa yg tidak meninggalkan perkataan yg tak elok dan perbuatan yg tak elok ketika puasa maka Allah tidak memerlukan puasanya (tak memberi pahala ganjaran puasanya).(HR Bukhari)
5. Memberikan makan untuk org yg berbuka.
Nabi s.a.w bersabda:
sesiapa yg memberi makan org lain utk berbuka maka diampunkan dosa2nya, membebaskan dirinya dr neraka dan mendapat pahala seperti org berpuasa (yg diberikan makanan) tanpa menjejaskan sedikit pun pahalanya.
Para sahabt bertanya: "Tidak semua dikalangan kami yg mampu untuk menjamu makanan kpd org yg berpuasa?" Nabi menjawab: "Pahala ini diberikan kepada sesiapa yg melakukannya walaupun dia hanya menjamu sebiji buah tamar, steguk air atau susu. (HR Ibnu Khuzaimah)
6. Banyakkan sedekah.
Nabi ditanya: Ya Rasulullah! Sedekah apakah yg paling afdal? Baginda s.a.w menjawab: Sedekah bulan Ramadan. (HR Tirmizi) Wallahu A'alam..

Perkara-perkara Yg Membatalkan PUASA..
1 Ramadhan 1431 H
Disunting Oleh; abuahmad wa muhammad
1. Makan dan minum.
Makan dan minum walaupun sdikit membatalkan puasa sekiranya senghaja.Kalau tak sengaja maka tak batal walaupun banyak. Ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w:
Maksudnya: Sesiapa yg terlupa ketika dia puasa hingga dia makan atau minum maka hendaklah dia sempurnakan puasa tersebut, Sesungguhnya Allah memberi makan dan minum kepadanya. (HR Bukhari dan MUslim).
2. Sampainya benda ke dalam rongga melalui anggota yg terbuka.
Benda: Setiap benda yg boleh dilihat oleh mata.
Rongga: otak atau rongga selepas halkum sampailah ke perut dan usus.
Anggota terbuka: Mulut, telinga, lubang punggung atau atau kemaluan depan.
3. Muntah yg senghaja.
Ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w:
"Sesiapa muntah yg tidak disenghajakan makan tak perlu qada puasanya dan sesiapa yg sengja melakukan sesuatu utk muntah sehingga dia muntah mka hendaklah dia qada.(HR Abu Daud)
4. Berjimak dgn senghaja. Kalau terlupa maka tak batal.
5. Mengeluarkan Air mani dgn senghaja. Kalau mimpi sehingga keluar air mani maka tak batal.
6. Haid dan NIfas.
7. Gila dan murtad. Wallahu A'lam..

Hukum Berkahwin dengan PELACUR..
17 Syaaban 1431 H
Disunting Oleh : Ust Abdullah@Syahrul Nizam Bin Talib
Islam menggalakkan agar kita memilih calon isteri yg baik. Apakah hukumnya berkawin dgn pelacur/bekas pelacur?
Jawapan: Disini ada dua keadaan. pertamanya sekiranya pelacur itu tidak bertaubat lagi. keduanya sekiranya pelacur itu sudah bertaubat. Ia akan diterangkan sperti dibawah.
PELACUR YANG TIDAK BERTAUBAT.
Hukumnya adalah haram seorang lelaki berkahwin dengan pelacur. Dalilnya adalah firman Allah s.w.t:
Maksudnya: "Penzina lelaki tidak bernikah melainkan penzina perempuan atau perempuan musyrik dan penzina perempuan tidak bernikah melainkan dengan penzina lelaki atau lelaki musyrik; dan penzina lelaki dan perempuan adalah diharamkan bagi orang2 beriman." (3: An-Nur)
Maksud kepada penzina adalah pelacur berdasarkan sebab turunnya ayat al-Quran ini: Sesungguhnya Marthad bin Abi Marthad teman wanita pelacur bernama 'Anaq. Lalu dia berjumpa Nabi s.a.w dan bertanya "Bolehkah aku berkahwin dengan 'Anaq?" Maka Rasulullah s.a.w hanya berdiam diri. Lalu turunlah ayat ini (ayat 3 surah An-Nur). Maka baginda memanggil daku dan membacakan ayat ini serta berkata:
لا تنكحها
Maksudnya: "Janganlah kamu menikahi dia" (Hr Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie - sanad sahih)
Dalam mana Islam mengharuskan seorang lelaki muslim berkahwin dgn perempuan ahli kitab dgn syarat hendaklah wanita yg terpelihara daripada zina. Tuhan menyebut:
محصنين غير مسافحين ولا متخذات أخدان
Maksudnya: "Perempuan ahli kitab yg memelihara diri dari maksiat yang bukannya perempuan pelacur dan juga bukan yang mempunyai teman sosial untuk berzina secara rahsia"(5: al-Maidah)
Dr Yusuf Qardawi berkata: "Maka sebab diharmkan berkahwin dgn pelacur kerana mereka adalah keji, sedangkan Allah menjadikan pernikahan sebab bagi wujudnya mawaddah dan kasih sayang. Mawaddah adalah cinta yg suci. Bagaimana pula perempuan yg keji dicintai dgn penuh kesucian oleh lelaki yang baik yg menjadi suaminya?"
Firman Allah: Maksudnya: "perempuan yg jahat untuk lelaki yang jahat, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik" (26: an-Nur)
PELACUR YANG SUDAH BERTAUBAT.
Pelacur yang sudah benar-benar bertaubat maka dia adalah dianggap perempuan yg terpelihara. Sedangkan orang yg kafir pun dianggap saudara orang Islam setelah mana dia bertaubat dengan masuk Islam. Firman Allah:
Maksudnya: "Maka sekiranya orang2 kafir bertaubat dgn masuk Islam, mendirikan solat dan menunaikan zakat maka mereka adalah saudara2 kamu seIslam."(11: at-Taubah)
Malahan Nabi s.a.w berkata tentang wanita dari Juhainah yg telah mengandung kerana berzina:
لقد تابت توبة لو قسمت بين سبعين من أهل المدينة لوسعتهم
Maksudnya: "Sesungguhnya dia telah bertaubat sebenar2 taubat yang mana kalau dibahagi2kan taubatnya kepada tujuh puluh penduduk Madinah, nescaya mencukupi taubat wanita itu untuk semua mereka." (Hr Muslim)
Maka bila dah bertaubat dan jadi perempuan yang baik maka dibenarkan untuk dikahwini. Wallahu A'lam..

Soal Jawab SOLAT..
17 Syaaban 1431 H
Disunting Oleh : Ust Abdullah@Syahrul Nizam Bin Talib
1. Apakah hukum solat di dalam gereja?
Sebahagian ulama seperti Sya’bi, A’to dan Ibnu Sirin mengharuskan solat di dalam gereja. Abu Musa al-Asyari pernah solat di dalam masjid. Ulama mazhab Syafie, Maliki dan Hanafi berpendat ia adalah makruh.
2. Apakah hukum Menyinsing lengan baju ketika solat?
Disebut dalam kitab Feqhul Mazahibil Arbaah dinyatakan bahawa makruh menyingsing lengan menurut mazhab yg Empat (Syafie, Maliki, Hanafi dan Hambali). Cuma Mazhab Maliki berpendapat:
“Sesungguhnya makruh sekiranya menyingsing lengan baju kerana nak solat. Adapun sekiranya lengan baju sudah disingsing sebelum solat lagi kerana sebab yang lain dan bersolat dgn meneruskan keadaan demikian atau meyingsing ketika dalam solat hukumnya tidak makruh”
Dalilnya Hadis Nabi s.a.w:
Maksudnya: “Aku diperintahkan untuk sujud di atas tujuh anggota, tidak melipat baju dan tidak memintal rambut.” (Hr Bukhari dan Muslim)
3. Adakah betul makruh membaca ayat Quran ketika sujud dan ruku'?
Daripada Ibnu Abbas r.a beliau telah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w dalam sabdanya:
Maksudnya: “ Ketahuilah sesungguhnya aku ditegah untuk membaca al-Quran ketika ruku’ dan sujud.” (Hr Muslim)
Ulama berselisih pendapat tentang hukum membaca ayat Quran waktu sujud dan ruku’ kepada dua pendapat:
Imam Syaukani berkata:“Tegahan ini menunjukkan pengharaman membaca ayat Quran ketika sujud dan ruku’.”
Imam Nawawi telah berkata:“Dimakruhkan membaca al-Quran dalam ruku’ dan sujud. Tidak batal solat sekiranya membaca al-Quran samada al-Fatihah atau bukan.”
Setengah ulama Syafie mengatakan batal solat jika dibaca al-Fatihah dalam ruku’ dan sujud.Adaptasi dr Fatwa Syeikh Atiah Saqor. Wallahu A'lam..

Hukum-Hakam Solat..
16 Syaaban 1431 H
Disunting Oleh : Ust Abdullah@Syahrul Nizam Bin Talib
1. Bersalam selepas solat
Al-Izz bi Abdus Salam berkata:"Sesungguhya bersalaman selepas solat adalah daripada bida'ah yang diharuskan, tidak dikatakan makruh dan tidak dikatakan sunat."
Imam Nawawi telah mengulas pendapat Imam 'Izz degan berkata:"Dan apa yang dikatakan oleh beliau adalah baik. Pendapat yang terpilih adalah: sekiranya seseorang itu bersalaman dengan orang yang bersamanya (dia sudah berjumpa) sebelum solat maka hukumnya adalah harus seperti yang kami sebut.
Dan sekiranya dia bersalaman dengan orang yang tidak bersamanya sebelum solat maka hukumnya adalah sunat kerana bersalaman ketika bertemu adalah sunat menurut persepakatan ulama berdasarkan hadis-hadis yang sahih."
2. Hukum melanjutkan dan memanjangkan bacaan salam.
Disunatkan tidak memanjangkan bacaan salam. Dalam hadis riwayat abu hurairah:Maksudnya: "mencepatkan bacaan salam adalah sunnah" (Hr Tirmizi)
Ibnul Mubarak berkata:"Makna lafaz hadis ini adalah tidak memanjangkan bacaan salam"maksudnya makruh panjangkan bacaan salam cthnya waslaaaaaam atau walaikum salam warahmatullaaaaaaah.
3. Hukum solat sunat duduk.
Berdiri dalam solat sunat adalah sunat hukumnya. Sah solat secara duduk atau mengiring dalam semua solat sunat samaada dalam keadaan mampu atau tidak mampu dan sihat ataupun sakit. Namun berdiri adalah lebih baik. Nabi s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang solat berdiri dalam solat sunat itulah yg lebih baik. Sesiapa yg solat sunat duduk dia mendapat setengah pahala solat orang yang berdiri. Sesiapa yg solat sunat baring secara mengiring dia mendapat setengah pahala orang yang solat sunat duduk." (Hr Bukhari)
Pahala dikurangkan ketika solat sunat duduk atau baring secara mengiring adalah jika dia berkeadaan begitu dalam keadaan dia mampu berdiri. Jika dia tidak mampu maka dia mendapat pahala yang sama dengan pahala orang yang berdiri. Wallahu A'lam..

Langgan:
Catatan (Atom)